Thursday, December 23, 2010

"TakdiR CiNta" - bAb 1

Bab 1

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you...

Bait-bait lagu yang sedang popular di corong radio nyanyian Maher Zain membuatkan dia tersenyum sendiri. Semacam ada kena mengena dengan diri sendiri..membayangkan kebahagiaan yang sedang dikecap bersama insan tercinta..dia benar-benar puas dan bersyukur dengan anugerah dari Penciptanya.

Batrisyia lantas bangkit dari meja tulisnya bila menyedari jam hampir ke pukul 11.30 pagi. Belum difikirkan menu untuk tengahari itu untuk suami tercinta..dia lantas membuka peti ais untuk mencari bahan untuk dimasak..sup daging,ayam goreng halia,kangkung goreng belacan,sambal belacan...menu hari ini..tersenyum lagi dia bila mana segala idea muncul di kotak pemikiran..membayangkan suami tercinta akan tersenyum bila melihat segala makanan kegemaran terhidang di atas meja nanti..apatah lagi makannya yang bersungguh..ye la air tangan isteri katakan..Batrisyia tersenyum lagi... aku bahagia! Jerit hatinya..

Tangannya pantas mengeluarkan bahan-bahan dari peti ais..tugas memasak sudah sebati dengan dirinya walaupun baru sebulan menjadi seorang isteri..dia memang seorang yang sangat gemar memasak dari zaman persekolahan lagi..itu hobinya..tidak hairan sewaktu di bujang di rumah sewa dia sangat digemari oleh housemate yang lain kerana hobinya itu.. sifat peramah dan kelakarnya juga membuatkan ramai orang senang mendampinginya..Amna Batrisyia..peribadi dan akhlak yang seindah nama dan wajah pemiliknya yang kini telah sah menjadi milik seorang lelaki bernama Adib Daniel..

No comments:

Post a Comment